Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

KEBAIKAN MILO® HI-FIBRE

MILO® Hi-Fibre membantu anda mendapatkan keperluan nutrisi harian dengan kandungan serat yang lebih tinggi dan < 1 sudu kecil gula (sukrosa) dalam setiap hidangan dengan rasa hebat MILO® yang anda gemari.​

Mulakan hari anda dengan kebaikan MILO® Hi-Fibre dan kekalkan gaya hidup aktif!

Bertenaga melangkau usia bersama MILO® Hi-Fibre!​


 

Hi-Fibre 
2.5x More Fibre

TINGGI DENGAN SERAT​

Setiap hidangan mengandungi 4.2g serat. Produk ini memenuhi 14% keperluan serat seharian*.​
*Berdasarkan 30g serat seharian. RNI 2017 mencadangkan pengambilan 20-30g serat seharian.

less sugar

< 1 SUDU KECIL GULA (SUKROSA)*

Setiap hidangan mengandungi kurang daripada 1 sudu kecil gula tambahan.​​
*3.2g sukrosa bagi setiap hidangan. 1 sudu kecil = 5g

love

RASA HEBAT MILO® YANG DIGEMARI​

Tiada rasa setanding MILO® asli!​

HCL

MEMENUHI KRITERIA LOGO PILIHAN LEBIH SIHAT MALAYSIA

Nourishing Energy of MILO®

KHASIAT DAN KEBAIKAN MILO® DIKEKALKAN

malt
 

BARLI MALT

Berasal daripada barli dan merupakan sumber tenaga

Susu
 

SUSU

Sumber protein & kalsium

Koko
 

KOKO

Memberi rasa coklat

actgigp
 

ACTIV-GO®

Gabungan PROTOMALT®, 6 vitamin dan 3 mineral

SOALAN LAZIM

MILO Hi-Fibre merupakan satu lagi variasi berkhasiat dalam rangkaian inovasi produk MILO yang semakin berkembang untuk memenuhi keperluan, kehendak serta cita rasa pengguna yang berubah.

Seperti serbuk MILO® yang biasa, MILO® Hi-Fibre mengekalkan kebaikan barli malt, susu dan koko serta 6 vitamin (eg. Vitamin B2, B3, B6, B12, C, and D) dan 3 mineral (eg. Kalsium, Zat Besi, and Fosforus) yang penting untuk pembebasan tenaga daripada makanan.

Di samping itu, MILO® Hi-Fibre mengandungi lebih kebaikan. Ia mengandungi serat yang lebih tinggi daripada serbuk MILO biasa, dengan hanya <1 sudu kecil gula tambahan (sukrosa).

Serat dalam MILO® Hi-Fibre berasal daripada serat jagung terlarut dan koko.

Serat merupakan komponen penting dalam pemakanan yang seimbang untuk memelihara kesihatan sistem pencernaan.

Namun begitu, pengambilan serat dalam kalangan rakyat Malaysia adalah rendah secara keseluruhannya:

  • 9 daripada 10 rakyat Malaysia tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran – iaitu sumber serat yang penting – dengan mencukupi.

MILO® Hi-Fibre dirumuskan dengan kandungan serat yang tinggi untuk membantu mengurangkan jurang ini. Satu hidangan (30g) MILO® Hi-Fibre memenuhi 14% pengambilan serat makanan harian yang disyorkan*.

*Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2017, pengambilan serat makanan sehari yang disarankan ialah 20-30g.

MILO® Hi-Fibre mempunyai rasa hebat malt coklat MILO® yang digemari ramai sejak turun-temurun.

Maklum balas menunjukkan pengguna kami menggemari rasa MILO® Hi-Fibre seperti mana mereka menggemari rasa serbuk MILO® yang biasa.

Ia hanya mengandungi 3.2g atau < 1 sudu kecil* gula tambahan (sukrosa) dalam satu hidangan MILO® Hi-Fibre.

Saiz hidangan yang dicadangkan ialah 30g (dibancuh dengan 200ml air panas).

*1 sudu kecil = 5g.

Ya, semua variasi MILO termasuk MILO Hi-Fibre memenuhi kriteria nutrien Healthier Choice Logo (HCL) / Pilihan Lebih Sihat untuk kategori serbuk minuman malt.

Ini bermakna bahawa semua rangkaian MILO® termasuk MILO® Hi-Fibre mempunyai jumlah lemak dan gula yang lebih rendah berbanding produk yang tidak diiktiraf dengan Pilihan Lebih Sihat dalam kategori serbuk minuman malt.

Antara kedua-dua produk, MILO Hi-Fibre lebih tinggi kandungan serat, manakala MILO Less Sugar lebih rendah kandungan gula tambahan (sukrosa).

Kandungan gula tambahan (sukrosa) dalam MILO Hi-Fibre ialah 3.2g (<1 sudu kecil) setiap hidangan, manakala MILO Less Sugar mengandungi 2.3g sukrosa (<1/2 sudu kecil) setiap hidangan.

Cara penyediaan:
cara penyediaan
Letakkan 6 sudu kecil (30g) serbuk MILO® Hi-Fibre ke dalam cawan dan bancuh dengan 200ml air panas (80°C).

Untuk rasa lebih susu, tambahkan 2 sudu kecil susu tepung. Tidak perlu tambah gula/krimer kerana rasanya sudah sedap begitu sahaja!

MILO® Hi-Fibre boleh didapati di kedai-kedai berhampiran anda.

Anda juga boleh mendapatkannya dalam talian di laman-laman e-dagang seperti Shopee dan Lazada