Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

RINGAN NAMUN PENUH TENAGA

 
Whole Grain Cereal
Diperbuat daripada bijirin

Diperbuat daripada bijirin

MILO® dengan Bijirin Penuh dirumus khas bagi mereka yang mahukan minuman berkhasiat untuk mengisi perut.

Mengandungi Bijian Penuh

Mengandungi Bijian Penuh

Bijian penuh tinggi kandungan serat supaya anda rasa kenyang untuk lebih lama.

HCL

Diperakui Pilihan lebih Sihat

Memenuhi kriteria Logo Pilihan Lebih Sihat yang ketat.

Tenaga Berkhasiat MILO®

Kebaikan Berkhasiat MILO®

Penuh dengan nutrien penting termasuk Vitamin B untuk membantu pembebasan tenaga daripada makanan yang anda ambil.

*Sementara stok masih ada.
** Mengandungi bijirin tambahan berbanding dengan MILO® Bijirin yang terdahulu.

FAQ

MILO® with Whole Grain Cereal adalah sebahagian daripada rangkaian produk MILO® yang berkhasiat.

Ia adalah minuman sarapan pagi yang ringan tetapi mengandungi 25% lebih bijirin daripada MILO® Bijirin (produk terdahulu), dan tinggi kandungan serat untuk memberi nutrisi dan rasa kenyang yang lebih lama.

Bersama dengan kebaikan semula jadi daripada barli malt, susu, dan koko, MILO® mengandungi 6 vitamin penting (contohnya Vitamin B2, B3, B6, B12, C, dan D) dan 3 mineral (contohnya Kalsium, Zat Besi, dan Fosforus) yang membekalkan anda tenaga untuk menguasai hari.

MILO® with Whole Grain Cereal mempunyai kebaikan bijirin penuh, yang tinggi serat, di samping kebaikan MILO®.

Ia mengandungi 25% lebih bijirin berbanding MILO® Bijirin terdahulu.

Satu hidangan MILO® with Whole Grain Cereal mengandungi 8g bijian penuh, yang memenuhi 17% daripada saranan pengambilan bijian penuh harian.*

Ia paling sesuai dinikmati sebagai minuman sarapan untuk mulakan hari anda, atau sesuatu yang ringan tetapi penuh khasiat pada waktu petang!

* Garis Panduan Pemakanan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat menyarankan pengambilan sekurang-kurangnya 48g bijian penuh sehari.

Setiap hidangan (36g) MILO® with Whole Grain Cereal mengandungi 9.4g jumlah gula (<2 sudu teh), di mana lebih daripada separuh (61%) adalah dari sumber semulajadi susu dan barli malt.

Dalam erti kata lain, MILO® with Whole Grain Cereal mengandungi kurang daripada 1 sudu teh gula tambahan.

Garis panduan pemakanan Malaysia menyarankan jumlah pengambilan tenaga dari gula biasa atau tambahan sepatutnya kurang daripada 10% iaitu kira-kira 50g (10 sudu teh) sehari untuk dewasa dan 42.5g (8.5 sudu teh) sehari untuk kanak-kanak.

Untuk menikmati secawan MILO® with Whole Grain Cereal yang sempurna, tambahkan 200ml air panas ke dalam satu hidangan 36g.

MILO® dengan Bijirin Penuh boleh didapati di dalam sachet satu hidangan supaya anda boleh menikmatinya di mana sahaja!

Ya, semua variasi MILO® termasuk MILO® with Whole Grain Cereal memenuhi kriteria nutrien Healthier Choice Logo (HCL) / Pilihan Lebih Sihat untuk kategori serbuk minuman malt.

Ini bermakna bahawa semua rangkaian MILO® termasuk MILO® with Whole Grain Cereal mempunyai jumlah lemak dan gula yang lebih rendah berbanding produk yang tidak diiktiraf dengan Pilihan Lebih Sihat dalam kategori serbuk minuman malt.

MILO with Whole Grain Cereal adalah minuman sarapan yang ringan namun tinggi kandungan serat untuk memberi anda rasa kenyang yang lebih lama.

Kami mencadangkan MILO® with Whole Grain Cereal dihidangkan bersama sarapan anda untuk permulaan hari yang terbaik.

Sila ambil kira keseimbangan, kepelbagaian dan kesederhanaan ketika membuat pilihan makanan anda.